Sebahagian daripada rajah-rajah kimia yang boleh membantu anak-anak didik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Friday, 31 May 2013
RAJAH-RAJAH KIMIA
Sebahagian daripada rajah-rajah kimia yang boleh membantu anak-anak didik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Thursday, 30 May 2013
Wednesday, 29 May 2013
Tuesday, 28 May 2013
RENUNGAN MOTIVASI PENGAJARAN
MOTIVASI PENGAJARAN
Punca anak terabai.
Salah satu punca berlakunya perkara ini kerana kurangnya didikan ilmu agama daripada ibu bapa sendiri. Ibu bapa kini terlalu banyak menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru di sekolah. Apabila pulang ke rumah, mereka dibiarkan saja dan secara tidak langsung ilmu yang dipelajari terabai begitu saja. Mereka terlalu mementingkan kerjaya masing-masing hingga sanggup membiarkan anak mencari hala tuju kehidupan tanpa sebarang panduan daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu bijak berfikir . Didikan kepada anak-anak perlulah sesuai dengan kehidupan sebagai seorang insan yang berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing kerana semua agama mengajak kepada kebaikan.
MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMIKIRKANNYA .
RENUNGKAN LAH SEJENAK PERANAN KITA SEBAGAI IBU BAPA YANG SEBENARNYA. ADAKAH KITA TELAH MELAKSANAKAN TUGAS KITA DENGAN SEMPURNA ?
CUBALAH YANG TERBAIK DAN SENTIASA BERUSAHA .
Sunday, 26 May 2013
Apa Itu ASID BORIK ?
APA ITU ASID BORIK DAN KEGUNAANNYA?
Asid borik (H3BO3) merupakan bahan antiseptik,pestisid dan fungisid yang lemah. Ia selalunya digunakan untuk kawalan serangga,sebagai bahan pengawet kayu dalam industri perabot,industri kaca dan juga digunakan dalam bidang perubatan.
APA ITU BAHAN PENGAWET?
Bahan pengawet ertinya apa-apa bahan yang apabila ditambah pada makanan,boleh menyekat,merencat atau menahan proses penguraian,penapaian atau pengasidan makanan tersebut tetapi tidaklah termasuk herba,rempah,cuka atau asap kayu.
APAKAH BAHAN PENGAWET YANG DIBENARKAN DALAM PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985?
Peraturan-peraturan Makanan 1985 telah menyenaraikan bahan pengawet ( sulfur dioksida, asid benzoik, asid sorbik, asid propionik serta garam natrium, kalium dan kalsium, natrium nitrat, natrium nitrit, kalium nitrat dan kalium nitrit ) dan antimikrobial ( klorin dioksida dan hidrogen peroksida ) yang dibenarkan penggunaannya dalam makanan tertentu di dalam senarai itu. Asid borik tidak termasuk di dalam senarai ini.
APAKAH MAKANAN YANG SELALU DIKESAN
MENGANDUNGI ASID BORIK?
Makanan yang selalu dikesan yang mempunyai asid borik adalah makanan jenis pasta seperti mi kuning, kueh teow, laksa, loh se fun, mi wantan, mi hokkien, mihun, kulit popia dan bak chang.
APAKAH KESAN SAMPINGAN KEHADIRAN ASID
BORIK DALAM MAKANAN?
Individu yang memakan makanan yang mengandungi kandungan asid borik yang tinggi akan mengalami loya, muntah, cirit birit, dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan akut sistem peredaran darah dan seterusnya ia boleh menyebabkan kematian,bergantung kepada paras asid borik yang masuk ke dalam badan individu tersebut.
BERAPAKAH TAHAP ASID BORIK DI DALAM
MAKANAN YANG BOLEH DITERIMA?
Asid borik tidak boleh hadir langsung di dalam makanan.Kehadirannya dalam makanan adalah disebabkan sikap segelintir pengusaha makanan yang tidak beretika dan hanya mementingkan keuntungan tanpa mementingkan aspek keselamatan makanan kepada pengguna.Ia digunakan oleh pengusaha makanan ini untuk memastikan makanan yang dijual kepada pengguna lebih tahan lama dan kelihatan segar.
NASIHAT KEPADA PENGGUNA
Pengguna dinasihati supaya tidak menggunakan air kunyit sebagai ujian untuk mengesan kehadiran asid borik.Pengguna hendaklah melaporkan kepada Jabatan Kesihatan yang berdekatan sekiranya merasai sangsi akan pencemaran asid borik dalam makanan.
Formula struktur asid borik
Terima kasih, semoga pembaca mendapat panduan dan pengetahuan tentang asid borik.
#####################################################
Wednesday, 22 May 2013
SELAMAT BERCUTI
SELAMAT BERCUTI DAN PAKEJ PERCUTIAN
SUBJEK KIMIA.
Percutian sekolah sudah bermula adalah diharapkan anak-anak didik dapat menggunakan sepenuh masa untuk mengulangkaji dan melengkapkan semua kerja rumah dan pakej percutian subjek kimia yang telah diberikan dalam masa yang telah ditetapkan.
TAJUK YANG PERLU DILENGKAPKAN IALAH IKATAN KIMIA / CHEMICAL BOND.
Disamping itu jagalah kesihatan dan keselamatan diri agar sentiasa sihat supaya dapat beribadat kepada tuhan ( Allah ).
#############SELAMAT BERCUTI#######
Monday, 20 May 2013
TABLE OF CARBON COMPOUNDS
Name :……………………………
Form:
…………………………….
CARBON COMPOUNDS
HOMOLOGOUS SERIES
|
ALKANES
|
ALKENES
|
ALCOHOLS
|
CARBOXYLIC
ACIDS
|
ESTERS
|
General formula
|
|
|
|
|
|
Functional group
|
|
|
|
|
|
Isomerism
Number of isomers
|
|
|
|
|
|
Chemical properties
|
1. …………………
Product : …………
2. …………………….
Product;……………..
|
1.…………………….
Product:……………..
2.Addition
reaction
i……………………..
ii……………………..
iii……………………
iv…………………….
v……………………..
3. …………………….
|
1 Fer………………..
Condition :
Product:
2 Hyd………………..
Condition:
Product:
3 Com………………
Product :
4 Oxi………………
Product:
5. Deh……………….
Product:
|
Reactions with
1. Me……………..
Product:
2. Ba……………….
Product:
3. Car………………
Product;
4. Alc……………….
Product:
|
……………………….
Reacts with
………………………
To form
………………………
|
TABLE OF ELECTROLYSIS.
ELECTROLYSIS OF
............................................................................................
IONS PRESENT
( Anions
–negatively charge)
(
Cations—positively charge)
|
Anions :
Cations:
|
|
TERMINAL
|
ANODE
(POSITIVE)
|
CATHODE( NEGATIVE)
|
Ions attracted to
|
|
|
Ions selectively
discharge
|
|
|
Half equation
|
|
|
Explanation (
loss / receive electrons
to form ………….)
|
|
|
Observation
|
|
|
Product
|
|
|
Overall equation
|
|
Wednesday, 8 May 2013
KESELAMATAN SEMASA MENJALANKAN EKSPERIMEN.
Gentian wul kaca adalah sangat berbahaya.
Pastikan anda memakai cermin mata keselamatan dan menutup mulut serta hidung ketika mengendalikannya.
Pastikan anda memakai cermin mata keselamatan dan menutup mulut serta hidung ketika mengendalikannya.
PETUA PEPERIKSAAN
Soalan yang meminta anda ' nyatakan ' hanya memerlukan jawapan yang ringkas.
Penerangan tidak diperlukan.
Penerangan tidak diperlukan.
TAHUKAH ANDA ?
Pokok getah ( Hevea brasiliensis ) mula-mula ditanam
di Bukit Residency,
Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan pada tahun 1877.
Friday, 3 May 2013
HOMESTAY - PAKEJ PERCUTIAN SEMPENA CUTI SEKOLAH PENGGAL SATU 2013
Tajuk yang akan dibincangkan ialah Ikatan Kimia, Ikatan kimia yang terdiri dari ikatan ionik dan ikatan kovalen. Latihan akan diberi dalam bentuk struktur dan esei. Diharap pelajar-pelajar dapat membuat persediaan tentang tajuk ini. Terima Kasih
SELAMAT BERCUTI DAN JANGAN LUPA UNTUK MENGULANGKAJI
MATA PELAJARAN KIMIA.
KARNIVAL PENDIDIKAN SEMSE PANITIA KIMIA
Gambar-gambar pelajar sedang mencuba eksperimen yang dipamerkan.
Keselamatan semasa menjalankan eksperimen wajib dipatuhi. Pemakaian baju kot makmal dan cermin mata keselamatan wajib dipakai semasa menjalankan eksperimen.
Subscribe to:
Posts (Atom)