Sunday 26 May 2013

Apa Itu ASID BORIK ?

                    APA ITU ASID BORIK DAN KEGUNAANNYA?

Asid borik (H3BO3) merupakan bahan antiseptik,pestisid dan fungisid yang lemah. Ia selalunya digunakan untuk kawalan serangga,sebagai bahan pengawet kayu dalam industri perabot,industri kaca dan juga digunakan dalam bidang perubatan.
                               APA ITU BAHAN PENGAWET?

Bahan pengawet ertinya apa-apa bahan yang apabila ditambah pada makanan,boleh menyekat,merencat atau menahan proses penguraian,penapaian atau pengasidan makanan tersebut tetapi tidaklah termasuk herba,rempah,cuka atau asap kayu.

APAKAH BAHAN PENGAWET YANG DIBENARKAN DALAM PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985?

 Peraturan-peraturan Makanan 1985 telah menyenaraikan bahan pengawet ( sulfur dioksida, asid benzoik, asid sorbik, asid propionik serta garam natrium, kalium dan kalsium, natrium nitrat, natrium nitrit, kalium nitrat dan kalium nitrit ) dan antimikrobial  ( klorin dioksida dan hidrogen peroksida ) yang dibenarkan penggunaannya dalam makanan tertentu di dalam senarai itu. Asid borik tidak termasuk di dalam senarai ini.

        APAKAH MAKANAN YANG SELALU DIKESAN          
                     MENGANDUNGI ASID BORIK?

 Makanan yang selalu dikesan yang mempunyai asid borik adalah makanan jenis pasta seperti mi kuning, kueh teow, laksa, loh se fun, mi wantan, mi hokkien, mihun, kulit popia dan bak chang.

         APAKAH KESAN SAMPINGAN KEHADIRAN ASID                 
                            BORIK DALAM MAKANAN?

Individu yang memakan makanan yang mengandungi kandungan asid borik yang tinggi akan mengalami loya, muntah, cirit birit, dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan akut sistem peredaran darah dan seterusnya ia boleh menyebabkan kematian,bergantung kepada paras asid borik yang masuk ke dalam badan individu tersebut.

              BERAPAKAH TAHAP ASID BORIK DI DALAM   
                   MAKANAN YANG BOLEH DITERIMA?

Asid borik tidak boleh hadir langsung di dalam makanan.Kehadirannya dalam makanan adalah disebabkan sikap segelintir pengusaha makanan yang tidak beretika dan hanya mementingkan keuntungan tanpa mementingkan aspek keselamatan makanan kepada pengguna.Ia digunakan oleh pengusaha makanan ini untuk memastikan makanan yang dijual kepada pengguna lebih tahan lama dan kelihatan segar.

                     NASIHAT KEPADA PENGGUNA 

Pengguna dinasihati supaya tidak menggunakan air kunyit sebagai ujian untuk mengesan kehadiran asid  borik.Pengguna hendaklah melaporkan kepada Jabatan Kesihatan yang berdekatan sekiranya merasai sangsi akan pencemaran asid borik dalam makanan.


Formula struktur asid borik



Terima kasih,  semoga pembaca mendapat panduan dan pengetahuan tentang asid borik.

#####################################################










No comments:

Post a Comment