Tuesday, 28 May 2013
RENUNGAN MOTIVASI PENGAJARAN
MOTIVASI PENGAJARAN
Punca anak terabai.
Salah satu punca berlakunya perkara ini kerana kurangnya didikan ilmu agama daripada ibu bapa sendiri. Ibu bapa kini terlalu banyak menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru di sekolah. Apabila pulang ke rumah, mereka dibiarkan saja dan secara tidak langsung ilmu yang dipelajari terabai begitu saja. Mereka terlalu mementingkan kerjaya masing-masing hingga sanggup membiarkan anak mencari hala tuju kehidupan tanpa sebarang panduan daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu bijak berfikir . Didikan kepada anak-anak perlulah sesuai dengan kehidupan sebagai seorang insan yang berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing kerana semua agama mengajak kepada kebaikan.
MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMIKIRKANNYA .
RENUNGKAN LAH SEJENAK PERANAN KITA SEBAGAI IBU BAPA YANG SEBENARNYA. ADAKAH KITA TELAH MELAKSANAKAN TUGAS KITA DENGAN SEMPURNA ?
CUBALAH YANG TERBAIK DAN SENTIASA BERUSAHA .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment